Thursday, February 18, 2010

Tuesday, August 11, 2009

TARBIYAH JASADIAH : SEMINAR SENI BELA DIRI WANITA

Keperluan untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri kini sudah menjadi wajib syar'ie...kes rogol, ugut, buli, culik, ragut, bunuh, dera n macam2 lagi bagaikan suatu yang tidak asing lagi di suratkhabar. Bagaikan ianya suatu lumrah...Malah diri ana sendiri pernah menghadapinya... alhamdulillah...Ilmu silat yang ana pelajari sedikit sebanyak membantu...

Sahabat...
Seandainya perkara yang tak diingini atau diduga berlaku pada diri anda, apakah reaksi anda untuk mempertahankan diri...

Adakah anda tahu bagaimana untuk melepaskan diri ketika :

tangan dipegang?
badan dipeluk?
leher dicekek?
leher diugut dengan pisau?
macam-macam lagi...

Ketahui rahsia yang boleh membantu anda ketika situasi-situasi di atas dengan menghadiri seminar maya di laman blog ini pada waktu-waktu tertentu sahaja...ia adalah ilmu rahsia dan tidak dibenarkan untuk copy video tersebut. Malah tidak dibenarkan mengajar orang lain tanpa kebenaran...Tunggu tarikh n masa yang akan diumumkan...

hanya untuk muslim...

29/08/2009 - seminar seni bela diri di MSU SHAH ALAM

Monday, March 2, 2009



Merantau Films


TEMPANG TARI

Thursday, February 26, 2009

TARBIYAH JASADIAH : TERAPI SOLAT

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Friday, February 20, 2009

tarbiyah baitulmuslim

21 FEB? alamak!!! tinggal sebulan sahaja...hatiku berdebar2...x faham apa yang menyebabkan hati ini rasa kekalutan...tapi ku tahu apa puncanya...20 MAC...

ianya bakal hadir jua...saat yang ku nantikan selama ini...saat penentu kehidupan ku...bersama si dia...KHULAILAH BT MUSA...

debaran kian terasa...seperti ketika ambil SPM...malah ianya lebih lagi...bagaimana nati kehidupan sesudah keluarga?apakah sama atau berbeza? aku biarkan persoalan ini terjawab melalui masa...namun aku ketahui, ianya bukan mudah untuk aku tempuhi...

kaget...aku tak reti speaking ganu..caner yer???adakah menjadi permasalahan komunikasi dengan keluarganya kelak???aku risau...banyaknya kerisauan berpusing-pusing di mindaku...aku hendak pitam memikirkannya...bagaimana pula dengan lafaz akad nikah?terengganu berbeza dengan selangor...aduh...runsingnya diriku...lemas terkapai-kapai di buaian khayalan...

aku belum bersedia...terkadang itu bisikan yang terngiang di otakku...mampukah aku?persoalan ini pula sering menguji semangatku...

AKU BOLEH!!!!aku menjerit dalam hati...kini ku mulakan langkah ku...aku akan menghadapinya...akan ku susunkan semuanya...agar ia terbina dengan sempurna...baitulmuslim acuan mukmin sejati...

aku tekad...baitulmuslim ini akan ku bina tiang tarbiyah...akan ku bersama-sama dengan isteriku nanti menghidupkan usrah...akan ku lahirkan mujahid-mujahid dari mahligai ku ini...agar kelak mereka berbakti kepada agama...

tarbiyah ruhhiyah... TAUBAT

AZ-ZUMAR
53. katakanlah, wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. sesungguhnya DIAlah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

ketika hati dipenuhi titik-titik hitam yang berDOSA, jiwa merasa resah gelisah, keamanan dan ketenenangan menjauhi diri...merasakan diri ini sudah jauh...bagaimana hendak berpatah semula...diri ini durja berputus asa...dari kehidupan kegelapan...menanti sedikit pengharapan...ya!!!sinar pengharapan ...hanyalah taubat...

Apabila cahaya taubat terpancar, ia akan menghapuskan kegelapan dosa serta kesan-kesannya di dalam hati sepertimana cahaya fajar dan mentari yang menghapuskan kegelapan malam, sepertimana air dan sabun menghapuskan kekotoran dan daki dari pakaian serta badan dan sepertimana asahan menghapuskan karat besi...

maka wahai diriku yang hina, aku mengajak diriku serta dirimu wahai sahabatku..., segeralah menyambut cahaya taubat yang datang ini tanpa berlengah..janganlah menanti ketika esok...peliharalah ia dengan istighfarmu... peliharalah ia dengan tangisan penyesalanmu... peliharalah ia dengan keazamanmu...

Ar Ra'd
28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Monday, February 16, 2009

OH...MALAM...

malam...
diketika ini mereka dibuai mimpi...
memeluk bantal kenyenyakan...

malam...
diketika ini aku keseorangan...
hakikatnya aku berdua-duaan...
diriku dan DIA...

malam...
aku teringatkan siang...
kesibukan dan kecelaruan...
masalah dan kesedihan...
kegagalan dan kekecewaan...
resah dan gelisah...

malam...
waktu diriku mengadu...
tangisanku atas kelemahanku...
begitu kerdilnya diriku...
sujudku hanya kepadaNYA...

malam...
ertinya aku mendapat ketenangan...
aku mendapatkan kelegaan...
aku mendapatkan keindahan...
malah aku mendapatkan kecintaan...
dan jua kekuatan...

malam...
akan ku nantikan...
menghasilkan seribu satu kerinduan...
oh...betapa indahnya malam...

nukilan pertama bad'syam

TARBIYAH JASADIAH : BANGUN DI WAKTU MALAM UNTUK BELAJAR MENANGIS....

diantara kita mungkin gagah dan kuat tapi adakah kita mampu untuk membuka kelopak mata yang ringan di waktu malam???

disebalik keheningan malam, kebanyakan diantara kita begitu indah dibuai mimpi...namun tidak kita sedari pelbagai 'rahsia' malam yang seandainya kita tahu, amat merindukan malam...itulah keindahan sebenar nikmat malam...

al-muzammil
6. sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu') dan bacaan diwaktu itu lebih berkesan...

keindahan malam adalah untuk kita beruzlah dari kesibukan dunia yang sentiasa mencengkam kita...hampir sahaja tiada masa untuk diri kita bersama ALLAH...hampir sahaja tekanan jiwa atas kesibukan dunia ini menjadikan kita letih dan futur...otak kita sesak dan emosi kita terganggu...maka inilah malam,waktu yang paling romantik untuk berdua-duaan dengan ALLAH...luahkan perasaan kita...luahkan masalah kita...DIA MAHA MENDENGAR...

setiap titisan air mata kita dihadapanNYA,memberikan seribu kelegaan kepada jiwa kita...memberikan erti ketenangan...hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan tenang...

betapa indahnya ketika ini...

mungkin di dunia nyata,kita menganggap mereka yang selalu menangis adalah lemah,tetapi betapa hebatnya sahabat-sahabat yang gagah perkasa sering menitiskan air matanya di ketika malam menjelma...tangisan yang lahir atas kecintaan kepadaNYA...mereka adalah bayi di ketika malam tetapi 'singa' di siang hari...

nasyid terbaik

Sunday, February 15, 2009




Saturday, February 14, 2009

RUHUL JIHAD



KEHADIRAN RUH JIHAD BUKAN PERSOALAN HATI DAN SEMANGAT SEMATA-MATA...IANYA PERLUKAN SATU MOMENTUM JASAD YANG TERLATIH...MENGAMBIL INTIPATI DARI KATA-KATA SAYID QUTB, SEMANGAT YANG TERLAMPAU ADALAH DATANGNYA DARI KEJAHILAN TERHADAP SITUASI YANG BERLAKU,SEANDAINYA TIADA PERSIAPAN YANG DILAKUKAN, MEREKALAH YANG AKAN TERGUGUR DARI MEDAN PERJUANGAN...

Al Anfaal
60. Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).

SI TEMPANG TARI 1.

ISEQ

akum...
segala pujian bagi NYA...
salawat dan salam kepada kekasihNYA,muhammad saw

sahabat..Teringat semula ketika ana menyampaikan presentation ana berkenaan ISEQ.gabungan dari 3 perkataan IQ SQ EQ.inteligent,spiritual, and emotional.cukup menarik jika dikaji sehinggakan lecturer yang mendengar kupasan modul yang kami bentangkan berminat untuk mendapatkan soft copy.hari ni ana ingin berkongsi bagaimana aplikasi teori. kebanyakan gerak kerja tidak menjadi disebabkan terawang-awangan dengan teori...sungguh idealistik namun apa yang lebih bahaya adalah gerakkerja yang dilakukan semberono hanya mengikut naluri dan nafsu sendiri...
INGAT! "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" bukan menyuruh kita menyampaikan semata-mata malah jika dikaji ayat diatas "dariku" bermaksud ianya dari apa yang disampaikan oleh rasullullah..disini kita dapati 2 objektif penyampaian adalah jangan kedekut sampaikan ilmu dan apa yang kita sampaikan pastikan ianya ilmu.

berbalik kepada ISEQ.teori ini sungguh menarik jika kita menjadikan ianya tema bagi setap gerakkerja kita.bila kita memainkan IQ sebagai titik homofili kita, kita akan cenderung kepada data dan informasi dan sasaran yang paling sesuai adalah mad'u yang mempunyai minda kelas pertama dan golongan profesional. oleh sebab itu, mereka yang ingin mempergunakan IQ dalam dakwah mereka seharusnya master dalam ulul albab.selain itu perlu juga peka terhadap informasi-informasi terkini samada dalam akedemik,sosial,politik,ketenteraan dan lain-lain.sebagai contoh,kuasa homogeni ustaz terhadap anak didiknya adalah dengan mempermainkan kredebiliti IQ.dan apa yang ana lihat dari pandangan visual ternyata ianya berkesan terhadap mad'u yang dahagakan ilmu.

Spiritual Quotient. ia tidak sesukar iq yang diperlukan untuk merujuk buku. tema bagi SQ adalah inqilabiyah,islam itu tertegak atas keruntuhan jahilliyah dimana kita mempergunakan mekanisma pembangkitan isu terhadap mad'u. segala kepincangan didalam masyarakt seharusnya diperlihatkan oleh kita. sasaran kepada mereka yang tidak peduli akan masyarakat. namun apabila ia terjadi kepada mereka,mereka akan bangkit untuk mempertahan kan hak.masyarakat zaman sekarang kebanyakannya berada di tahap ini. selalunya, SQ adalah senjata politik yang dashat. bagaimana anwar ibrahim boleh menggerakkan reformasi sehingga ianya bagaikan suatu sejarah kegemilangan beliau. mekanisma terpenting yang harus kita kuasai untuk mempergunakan SQ adalah intonasi suara dan nada. hee..jangan lupa tentang vokal.ianya terpenting dalam SQ.

berkenaan Emotional Quotient, ianya menarik namun hanya orang-orang tertentu sahaja dapat menguasainya...secara individu mahupun pubkic speaking, ianya memerlukan kemahiran yang tinggi. betapa hebatnya kuasa EQ sehingga sahabat-sahabat terdahulu tidak kering air mata menyesali dan menangisi segala dosa mereka. bagaimana ISLAM boleh melunturkan keegoan saidina umar yang keras,hanya dengan beberapa potong ayat al-QURAN.berbalik kepada fiqh dakwah,perkara pertama untuk kita menguasai EQ adalah empati. kita seharusnya berada dalam dunia mad'u.seterusnya kita mula memainkan intonasi-intonasi yang sesuai mengikut rentak mad'u.hee..sukarnya nak terangkan..sebab ianya berkaitan dengan hati...

kepada sahabat-sahabat,ana rindukan antum semua. rindukan perjuangan kita, rindukan ukhwah kita..
salam cinta dari ana,akum...

pentarbiyahan fizik

assalammualaikum...

hari ini ana ingin menulis sebagai seorang guru fizik...

berkenaan chapter fizik yang kedua untuk form four, iaitu force and motion...

anak-anak muridku...
jika dinilai semula konsep fizik dalam gerak kerja kita, ternyata ianya waqi'ie dan tidak harus dipandang enteng dalam gerak kerja pentarbiyahan...
ianya membabitkan kefahaman yang jelas apakah yang itu kerja, tenaga ,kuasa dan efisyen dalam setiap tindakan kerja.

pembelajaran pertama KERJA(WORK)

WORK = FORCE x DISPLACEMENT
KERJA = DAYA x PERUBAHAN JARAK

hu..hu..selama ini kita akui bahawa kita telah melakukan kerja tapi betul ker???

menurut fizik kerja diistilahkan bagi suatu daya dan ianya haruslah mempunyai perubahan.andai tiada perubahan ianya bukanlah kerja tetapi hanya daya yang digunakan secara pembaziran. contohnya kita mengangkat batu, kita menggunakan daya dan apabila batu bergerak keatas maka ianya dinamakan kerja.tetapi andai kita mengangkat batu tetapi ianya tak terangkat maka ia tidak dipanggil kerja kerana nilai kerjanya adalah 0.maka dengan ini kita haruslah berstrategi dengan mengira waqi'ie kemampuan dan kekuatan kita sebelum bertindak kerana khuatir kita melakukan kerja yang sia-sia.terutama pihak qiadi kepimpinan perlu menekankan aspek ini. teringat suatu ketika dahulu, ana menjadi Yang Dipertua, banyak kali memgadakan meeting yang 'tak perlu'.buang masa dan tenaga.kesian bebudak jpp hilang masa belajar...sori sangat pada antum semua yang terlibat..



seterusnya beralih pada tenaga iaitu energy.
adakah antum tahu tenaga tidak boleh dibina atau dimusnahkan?ianya beralih menjadi bentuk tenaga yang pelbagai.ana ceritakan kitaran tenaga bermula dari pemakanan seharian.adalah tersangat penting bagi kita penggerak islam menjaga aspek halal,haram dan syubhat.halal dan haram itu nyata tetapi diantaranya syubhat.maka jauhilah darinya..kerana ianya membentuk tenaga yang kita gunakan untuk solat dan pelbagai kerja dakwah.tetapi andai perubahan tenaga ini asalnya dari sumber yang tidak diredhai,adakah kita kira solat dan amal kita diterima.konsep islam amal kebajikan tidak boleh diterima dari sumber yang haram.prinsip kiata berlainan dengan robin hood.kebajikan dari sumber haram akan ditimpakan kepada kita semula pada akhirat kelak.
sebenarnya banyak lagi tentang tenaga tapi yang sangat menarik untuk diperbincangkan adalah potential energy iaitu tenaga potensi.inilah konsep yang digunakan sebagai bekalan dalam jalan dakwah. bila kita baling batu keatas, ianya akan berhenti sejenak pada jarak maksimum.bila berhenti tenaga kinetik iaitu tenaga gerakan menjadi kosong sebaliknya potential energy akan mencapai tahap maksimum.kemudian ianya jatuh kembali ke tanah.disini berlaku perubahan tenaga semula dari potential energy kepada kinetic energy.batu itu boleh disamakan dengan pendakwah.seharusnya kita perlu menambah keupayaan potensi diri dengan solat, zikir, qiammulail, puasa, zakat dan sedekah.potensi ini menjadi bekalan untuk kita mengharungi kehidupan pendakwah yang mencabar.bak kata mustafa mashur, kereta hanyalah cebisan besi yang tidak berguna andai ia tiada minyak...renung-renungkanlah...hu..hu..terkena pada diri ana kembali dan ana bertaubat dari perkara yang ana katakan tapi tidak lakukannya...


hee..hee..topik yang panas untuk dibicarakan iaitu POWER atau kita kenalinya sebagai KUASA'

POWER = WORK / TIME
KUASA = KERJA / MASA

salah faham selalu berlaku pada takrif kuasa.gila kuasa???hu..lebih baik dari kuasa jatuh ke tangan orang-orang gila...

maksud kuasa yang sebenarnya adalah kita melakukan suatu keja dengan menjimatkan masa.motor mempunyai kuasa yang tinggi berbanding basikal.sebab itu dengan jarak yang sama,motor mendahului basikal.seandainya kita ada kuasa maka bukan sahaja ianya menjimatkan masa tetapi juga memudahkan kerja..ingin ana membicarakan secara terperinci berkenaan kuasa tetapi masa tak mencukupi kerana lepas ni ana kene pergi mengajar sains pmr lak...hu..hu..

EFICIENCY = OUPUT/ INPUT X 100%

kebanyakan tenaga akan terbazir kepada bentuk yang lain. sebab itu output nilainya berkurangan dari input.dalam fizik contohnya cahaya lampu malap sebab tenaga yang sepatutnya menjadi cahaya bertukar menjadi haba.dalam konsep gerakkerja pun sama...tenaga banyak dibazirkan kepada perkara yang remeh.maka dengan ini ana seru agar tingkatkan sistem yang terbaik demi mencapai output yang efisyen..
sori..masa tak mencukupi...

salam dari cikgu bad...

Ar-Ruum

54. Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

Al-Baqarah

193. Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

AN-NISAA'

104. Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Friday, February 13, 2009

ROBBITOH HATI

HATI INI TELAH BERSATU...
BERKUMPUL DI PERUT BUMI-MU...

HATI INI TELAH BERPADU...
BERSATU MEMIKUL BEBAN DAKWAH-MU...

HATI INI TELAH MENGIKAT JANJI SETIA...
UNTUK MENDAULAT...
UNTUK MENDOKONG...
SYARIAAT-MU...
DI ALAM MAYA...

MAKA YA ALLAH...
ERATKANLAH...
IKATAN YANG ADA...
KEKALKANLAH...
KEMESRAAN HATI-HATI INI...
AKAN JALAN-MU...
YANG SEBENAR...

PENUHKANLAH HATI-HATI INI...
DENGAN CAHAYA RABBANI-MU...
YANG TIADA KUNJUNG MALAP...
LAPANGKANLAH HATI-HATI INI...
DENGAN LIMPAHAN IMAN...
KEYAKINAN...
DAN KEINDAHAN TAWAKKAL KEPADA-MU...

SEANDAINYA ENGKAU MENTAKDIRKAN...
HATI-HATI INI MATI...
MAKA MATIKANLAH...
SEBAGAI SYUHADAH...
DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMU...

nilaian yang semakin dipinggirkan...

Nilai tarbiyah yang diendahkan sedangkan ianya penting membentuk jatidiri mu`min kearah membina hati yang impikan jihad dan syahid...itulah nilai sebenar tarbiyah jasadiah...